Terma dan Syarat

Pakaian

1. "First Come, First Serve" basis.

2. Hanya pembeli yang serius sahaja yang dibenarkan menempah. 

3. No backout please! Jika mahu membatalkan tempahan atau pembelian, sila maklumkan kami dalam masa 24 jam selepas barang ditempah (book). Pembeli yang gagal berbuat demikian akan disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan menempah pada masa hadapan.

4. Jangka masa tempahan adalah 2 hari sahaja dan pembayaran mestilah dibuat dalam masa 2 hari tersebut. Jika masih lagi belum membuat pembayaran selepas dari dua hari tersebut, maka barang akan di'release' kepada waiting list yang seterusnya.

5. Segala pembelian yang telah dihantar tidak boleh dipulangkan.

6. Diingatkan bahawa warna yang dipaparkan mungkin sedikit berbeza daripada warna asal.


Cookies dan Kek

1. Tempahan kek dan cookies hendaklah dibuat seminggu sebelum tarikh dikehendaki.

2. Sila nyatakan kod kek atau cookies yang ditempah beserta kuantiti yang dimahukan.

3. Bagi kek, sila nyatakan majlis yang dirai (contoh: pertunangan, hari jadi, anniversary, etc) serta wording yang diinginkan.



Barangan Kesihatan

1. Barangan kesihatan yang dipaparkan adalah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijual oleh dealer yang sah. Sila periksa produk yang ingin dibeli di laman-laman web yang berkaitan bagi mengelakkan pembelian barang terlarang.

2. Kebanyakan produk yang dijual di blog ini adalah supplemen atau produk bagi meningkatkan kualiti kesihatan seseorang. Walau bagaimanapun, pihak kami menasihatkan pembeli untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk yang dinyatakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di masa hadapan.

3. Ingin diingatkan bahawa kesan setiap produk adalah berbeza bagi setiap individu mengikut gaya hidup, jantina, kadar metabolisma, dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment